Translations | Suras |
MALAY | |
55 - AR-RAHMAAN | |
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. | |
1 | (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. |
2 | Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. |
3 | Dialah yang telah menciptakan manusia; - |
4 | Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. |
5 | Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; |
6 | Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. |
7 | Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, |
8 | Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; |
9 | Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. |
10 | Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. |
11 | Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; |
12 | Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; |
13 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? |
14 | Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, |
15 | Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; |
16 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
17 | (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. |
18 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
19 | Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; |
20 | Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; |
21 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
22 | Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; |
23 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
24 | Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; |
25 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
26 | Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa |
27 | Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. |
28 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
29 | Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! |
30 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? |
31 | Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! |
32 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
33 | Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! |
34 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
35 | Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); |
36 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
37 | Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; |
38 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? |
39 | Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); |
40 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
41 | Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka); |
42 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
43 | (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. |
44 | Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! |
45 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
46 | Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - |
47 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
48 | (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - |
49 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
50 | Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir; - |
51 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. |
52 | Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). |
53 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
54 | Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. |
55 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
56 | Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; |
57 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
58 | Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. |
59 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
60 | Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? |
61 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
62 | Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); |
63 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
64 | Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; |
65 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
66 | Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya: |
67 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
68 | Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, |
69 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
70 | Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; |
71 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
72 | Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; |
73 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
74 | (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; |
75 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
76 | Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. |
77 | Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? |
78 | Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. |
ReadTheQuran.org |