Translations | Suras |
MALAY | |
84 - AL-INSYIQAAQ | |
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. | |
1 | Apabila langit terbelah, |
2 | Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; |
3 | Dan apabila bumi diratakan, |
4 | Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong, |
5 | Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). |
6 | Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). |
7 | Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; |
8 | Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, |
9 | Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. |
10 | Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, |
11 | Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, |
12 | Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang. |
13 | Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! |
14 | Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! |
15 | (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! |
16 | Maka Aku bersumpah, demi mega; |
17 | Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; |
18 | Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: |
19 | Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) |
20 | 19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) |
21 | 20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? |
22 | 21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? |
23 | 22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya; |
24 | 23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati. |
25 | 24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya; |
26 | 25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. |
ReadTheQuran.org |