Translations Suras
MALAY

94 - ASY-SYARH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 
1Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
 
2Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
 
3Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
 
4Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
 
5Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
 
6(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
 
7Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
 
8Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
 
 
ReadTheQuran.org