90 - AL-BALAD |
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
1 | Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; |
|
2 | Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas), |
|
3 | Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya; |
|
4 | Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); |
|
5 | Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? |
|
6 | Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). |
|
7 | Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu? |
|
8 | (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) |
|
9 | Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? |
|
10 | Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? |
|
11 | Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; |
|
12 | Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? |
|
13 | (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; |
|
14 | Atau memberi makan pada hari kelaparan - |
|
15 | Kepada anak yatim dari kaum kerabat, |
|
16 | Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. |
|
17 | Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. |
|
18 | (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). |
|
19 | Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. - |
|
20 | Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). |
|