94 - ASY-SYARH |
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
1 | Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? |
|
2 | Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); |
|
3 | Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? |
|
4 | Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? |
|
5 | Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, |
|
6 | (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. |
|
7 | Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), |
|
8 | Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). |
|