99 - AZ-ZALZALAH |
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
1 | Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, |
|
2 | Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, |
|
3 | Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? |
|
4 | Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: |
|
5 | Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). |
|
6 | Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. |
|
7 | Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
|
8 | Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
|