97 - AL-QADR |
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
|
1 | Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, |
|
2 | Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? |
|
3 | Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. |
|
4 | Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); |
|
5 | Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! |
|